Pengenalan
Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Setiawangsa (PWR) adalah pusat khidmat setempat (one-stop service centre) bagi mengolah, merangka, merancang, melaksanakan dan mengadakan kerjasama ke arah menjayakan amanah dan tanggungjawab YB Dato’ Sri Zulhasnan Rafique, Ahli Parlimen Setiawangsa di dalam melaksanakan tugas-tugas beliau.
PWR antara lain menyediakan khidmat nasihat, pemberian bantuan dan pertolongan kepada waga Setiawangsa dan juga menjadi rakan kongsi kepada penyelesaian permasalahan rakyat di kawasan Parlimen ini; yang akan diselidik dan di bawa kepada perhatian pihak-pihak yang betanggungjawab untuk penyelesaian segera demi kesejahteraan dan masa depan warga Setiawangsa. PWR turut bertindak sebagai organ penyampaian maklumat dan informasi tepat kepada rakyat; selain daripada bertindak sebagai pemacu dan enjin kepada perancangan dan pelaksanaan pelbagai aktiviti masyarakat yang melibatkan semua peringkat rakyat di Parlimen Setiawangsa.
Di dalam menjayakan visi dan misi Setiawangsa Gemilang sebagai radas utama kepada pembangunan tamadun moden di Parlimen Setiawangsa, PWR bertindak selaku Sekretariat dan pemudahcara di dalam pelaksanaan program-program pelbagai badan-badan bukan kerajaan (NGO, persatuan-persatuan masyarakat dan sukan terutamanya yang melibatkan Majlis Permuafakatan Masjid dan Surau (MAPEMS) Parlimen Setiawangsa, Majlis Permuafakatan Pembangunan Pendidikan (M3P) Parlimen Setiawangsa, Majlis Permuafakatan Persatuan Penduduk dan Penghuni (M4P) Parlimen Setiawangsa, Majlis Permuafakatan Pedagang-pedagang & Pekedai-pekedai (M5P) Taman Setiawangsa dan Majlis Permuafakatan Rukun Tetangga (MPRT) Parlimen Setiawangsa. PWR juga menyumbang kepada pelaksanaan dan kejayaan program-proram yang dilaksanakan oleh persatuan-persatuan sukan dan parti-parti politik di bawah Barisan Nasional Setiawangsa.
Carta Organisasi Pusat Khidmat Wakil Rakyat
Carta Gerak Kerja Ahli Parlimen Setiawangsa
Alamat:
Pusat Khidmat Wakil Rakyat
Parlimen Setiawangsa
No. 118, Jalan 5/27A, Seksyen 5, 53300 Kuala Lumpur.
Tel: 03-4149 4118
Faks: 03-4142 7282 |
|
P118 Setiawangsa : Daerah-daerah Mengundi
1180008 - PEKAN SETAPAK
1180009 - JALAN PAHANG
1180001 - WARDIEBURN JAYA
1180002 - TAMAN SRI RAMPAI
1180003 - AYER PANAS LUAR
1180004 - AYER PANAS DALAM
1180005 - TAMAN SETAPAK JAYA
1180006 - SEKSYEN 10 WANGSA MAJU
1180010 - TAMAN TASEK
1180011 - PULAPOL
1180007 - PKNS BATU 6 ULU KLANG
1180012 - MINDEF
1180013 - TAMAN SETIAWANGSA
1180014 - KERAMAT WANGSA
1180015 - TAMAN SETAPAK PERMAI
1180016 - AYER PANAS TENGAH
1180017 - SEKSYEN 5/6 WANGSA MAJU
No comments:
Post a Comment